Friday, September 28, 2012

Cerita BerPengajaran

 
Harini Aisyah nak kongsi satu cerita untuk semua :-
 
Ada seorang pemuda ni , mengembara ke dalam hutan .. punyalah jauh dia masuk kedalam hutan tu ,
Tiba-tiba ada seekor harimau , apelagi dia terus cabut lari . Dengn Izin Allah , dia ternampak sebuah perigi di hadapannya lalu melompat ke dalam perigi tersebut , Dia taklah terus terjun ke dalam perigi tu , dia cuma bergayut aje di tengah-tengah perigi tersebut .Tali perigi tu pendek jer.sambil-sambil bergayut tu dia berfikir macam mana nak keluar dari perigi tu sebab harimau ada lagi kat atas menuggu dia keluar dari perigi tersebut . Sedang dia berfikir tiba-tiba air dalam perigi tu berkocak .Rupa-rupanya ade 2 ekor buaya dalam perigi tersebut .Alahai , sudah jatuh ditimpa tangga.
kata pemuda itu di dalam hati . Sedang merenung akan nasibnya itu , keluar pula tikus berwarna putih dan hitam menggigi t tali tersebut , makin membuatkan pemuda itu susah hati , Tiba-tiba dia terdengar bunyi buzz..buzz .Datang seekor lebah lalu pemuda itu mendongak lalu jatuhlah setitik madu ke dalam mulutnya lalu berkata'tidk pernah aku merasa madu semanis ini ' dan terus melupakan masalah yang melanda dirinya.
 
Tamat
 
Pengajarannya :-
 
Haimau itu ibarat malaikat maut yang sentiasa akan mengejar kita , 2 ekor buaya tu pula ibarat malaikat Mungkar dan Nakir yang akan menyoal kita di kubur nanti , tali yang pendek itu ibarat umur kita , 2 ekor tikus tu ibarat siang dan malam yang sentiasa menghakis umur kita . Madu itu dunia .Pemuda itu terus melupakan masalahnya dengan setitik madu sahaja .Itulah dunia .Manusia cepat lalai apabila dengan kesenangan dunia .Oleh itu , Banyakkanlah bermohon dan berdoa supaya kita dijauhkan ,, nauzubillah min zaalik ..
 
Semoga kita sentiasa didalam lindunganNya ..Amin ..

No comments:

Post a Comment

Lakukan Senaman di Jari-jemari anda
Dengan Meninggalkan Komen disini.
Kalau x nak Komen,Like pun Jadilah
~Hehe..~