Friday, March 1, 2013

Huh..

Assalamualaikum :D
Hari ini dah dekat 5 hari Terengganu hujan , sebab tu letak gambar hujan tu dan ada beberapa perkara nak di ceritakan sempena hujan ni . Kadang - kadang sebelum tidur mesti terikirkan sesuatu dan pastinya mesti pasal kawan-kawan sekolah rendah .Dah dekat setahun tak jumpa . Rindu ? Hanya Allah yang tahu . Entah kenapa sejak akhir - akhir nih selalu terfikir pasal kawan - kawan sekolah rendah . Mungkin sebab kenangan   lalu yang cukup indah membuatkan aku tak dapat nak lupakan dan terus untuk merindui memori tersebut dan ditambah rindu dengan kawan-kawan sekolah baru iatu SHAMS lagi teruk lah cik Rindu bertakhta di hati aku ni.Selalu rasa nak menangis dan selalu aku berdoa supaya ditenangkan hati ini . Kalau aku tahu macam nih teruk punya rindu aku kaat kawan-kawan aku , aku mesti satu sekolah ngan mereka. Namun aku tak boleh mempertikaikan takdir aku . Aku redha dengan apa yang telah tersurat untuk aku.
Kalau aku tak sekolah kat SHAMS mungkin aku takkan mendapat ilmu agama sebagaimana yang aku dapat kat SHAMS . Aku paling kagum dengan pendidik SHAMS . Setiap pelajaran tak kira Sains , Geo , BM , BI , SEJ mesti diselitkan dengan sedikit ilmu agama , Bersyukurnya aku tidak terkiranya kerana menjadi salah seorang insan terpilih untuk menuntut ilmu disini.Namun aku juga hamba Allah yang tak terlepas daripada mengahadapi dugaan yang telah ditetapkan oleh-Nya . Perselisihan faham . Orang kata itu memang asam garam dalam persahabatan. Aku nak sangat time aku perlukan seseorang dan orang tu terus datang dan memberi kata-kata semangat dekat aku sebagaimana aku selalu buat dekat kawan -kawan aku time diorang perlukan seseorang. Mungkin silap aku juga, Aku memang tak suka ceritakan masalah aku dekat orang . Aku tak nak orang lain sedih sebab aku. Time aku sedih atau ada masalah aku akan cari kawan-kawan aku lepastu aku gembirakan diorang , nak tidur nanti baru aku fikir balik masalah aku tadi. Kalau aku terdesak sangat barulah aku akan mencari seseorang untuk meluahkan perasaan aku.
 
Aku buat macam tuh sebab aku tak nak orang lain susah fikir masalah aku . aku tak suka menyusahkan orang lain . So dengan cara tu aku dapat sembunyikan masalah aku pastu aku akan selesaikann dengan berdoa kerana hanya Allah yang dapat menyelesaikan masalahku

No comments:

Post a Comment

Lakukan Senaman di Jari-jemari anda
Dengan Meninggalkan Komen disini.
Kalau x nak Komen,Like pun Jadilah
~Hehe..~