Wednesday, June 19, 2019

Freeman Purifying avocado + oatmeal Clay Mask Review

Assalamualaikum !

Pakai dah lama sebenarnya cuma baru terasa nak review since baru aktif balik berblogging kan. So aku decide nak review Freeman Clay Mask ni sebab tak banyak review pasal yang ni. orang ramai review yang charcoal clay mask tu.( eh tak sure pula claymask ke mud mask). Tanpa melalut dengan panjang ayuhhhh kita mulakan.

as stated dekat packaging, this clay mask instantly deep cleans + nourishes for fresh skin. Fyi, ini 10 minutes mask yang wash off punya bukan sheet mask tau so korang jangan pelik why this mask comes in tube packaging. Sini jugak ada tulis yang mask ni amat sesuai untuk normal to combination skin.

Inilah tuan badan yang diriview hari ini 😂


Selesai bahagian packaging ya anak-anak. Next, aku nak cerita pengalaman aku pakai mask ni. Time aku beli ni masa kulit aku tengah breakout so aku mencari-cari produk yang boleh deep cleansing then terjumpalah freeman ni. aku beli kat Guardian. Time ni Guardian buat promo RM36 for 2 items rasanya. Murah gakk aa untuk student yang selalu pokai macam aku ni. Masa aku first pakai memang aku terus jatuh cinta. Mask ni bau dia best! Tak wangi sangat sebab aku sendiri allergik bau wangi sangat nanti pening. Bau dia tak busuk but okey aku suka bau dia. Mask ni warna turqoise ya since it was avocado +oatmeal. Apa yang aku perasan lepas pakai mask ni kulit muka aku jadi lembut. Aku pakai dalam 2 kali seminggu je. Kulit aku jenis berminyak tau so biasa kalau lepas basuh muka mesti kulit muka aku jadi kering tapi aku tak pernah rasa macam tu bila pakai mask ni.

Ingridents mask ni jugak ada parfum, but bawah bawah dah tapi beware ya untuk kulit yang alah dengan parfum nanti breakout sian korang. Untuk alcohol, aku baca macam takde tapi korang tengok la ye ade ke tak sebab aku pun tak sure juga sebab kelas kimia time sekolah dulu aku tido so aku tak berapa tahu sangat terms ni.

Kesimpulannya, korang kena beli okey ! Best sangat! Untuk jenis kulit selain dari yang dinyatakan korang jangan bimbang, Freeman ni ade pelbagai jenis mask untuk pelbagai jenis kulit tau ! Peel off mask pun ada so baca dulu info kat packaging kang salah beli membazir hihihi.

Aku harap review aku ni dapat tolong orang lain yang tengah usha nak beli produk ni sebab aku faham perasan nak melabur duit ke sesuatu benda yang kita sendiri tak pasti okey ke tak.

Kat sini aku sertakan sekali review dari skincarisma. Semoga review ni dapat jadi guidline tu korang beli freeman ni. Seee you soon ya gais 😋