Monday, May 27, 2019

Resepi Puding Karamel :)

Assalamualaikum and hai everyone !

seperti yang terpampang kat tajuk itu maka itulah yang bakal aku persembahkan harini. Tanpa membuang masa dan tenaga jom!

ok kat sini aku sertakan resepi full dulu bagi menjimatkan masa untuk yang nak cepat dan tak nak baca bebelan panjang aku so step by step korang boleh scroll ke bawah ye :)

Resepi Puding Karamel

   Untuk Karamel:-

  • 5sb ke 6sb gula (gula merah ke putih ke tak kisah asal gula)
  • 2sb air
  • masak sampai gula tu jadi golden caramel
⚠️Safety reminder: untuk yang firstime buat aku sarankan korang pakai api kecik je sebab once dia dah nak bertukar warna tu masa tu la karamel ni udah hangit so korang kene jaga api ye.

    Untuk Puding:-

  • 1 tin susu cair
  • 4 sb gula 
  • 5 biji telur B
  • sedikit esen vanilla
  • air 150ml
Resepi ni aku nak kredit dekat Hana's Family sebab aku refer blog dia masa aku buat puding ni. Alhamdulillah masa first place aku buat tu terus jadi. hihi thankss !

Cara buat:

1. Mula-mula kita buat karamel dulu. Korang boleh pilih sama ada masak dalam loyang dulu atau masak dalam pan dulu. Mana-mana pun boleh asal karamel kau jangan hangus sudah!

2. Dah siap karamel letak tepi dulu. Kau ambik bekas lain and letak semua bende bahan untuk puding tu. Pastu pukul sampai semua tu sebati.

3. Tuang kat dalam loyang ada karamel tu tadi. Lepas tu korang sediakan alat untuk kukus puding ni dalam 30 minit camtu siap !

Pastikan lepas masak korang tukar dulu bekas lain baru masuk peti sejuk tau takut nanti hancur pulak puding bila dah sejuk dalam loyang tu. Tapiii jangan pulak lepas dah masak korang terus tukar melecur tangan tunggu la dia sejuk sikit yee.


sekian resepi puding karamel. Boleh korang buat buka puasa nanti sebab bende alah ni simple yakmattt budak tadika buat konfemm jadi. so selamat mencuba semuanyaaa. sedap korang bagitau aku tak sedap kau derhaka resepi la tuuuu muahaha.


Gambar ihsan Google.

Wednesday, April 24, 2019

Hello :3

Assalamualaikum, and hai everyone.

After a few years sis tak buka blog. Actually dah lama sangat tak buka blog ni. Sangat sangat sangat berhabuk. Last buka when Im in form 3 dalam 2014 or 2015. Tetiba pula teringat kat blog lepas selalu tengok Cik Epal share dia buat income through blogging. Serious wq cakap lu, beliau memang idolakuuuu~~

So, insyaAllah, tak sabar nak get active balik on blogging cuma itulah malas dengan kerjanya lagi subhanAllah tuhan sahaja yang tahu tapi itulah kan, nak berjaya mana ada senang right? And lagi satuuuu maaf sebab lambat sangat ucapkan selamat menyambut ramadhan kareem keoada seluruh umat islam dan follower blog kecil ku ini. Ada ke tidokk lagi followers ku itu 🤣🤣 so I harap korang stay tuned ok and korang boleh tinggalkan link blog korang so boleh kite pergi jenjalan nanti 😘